Sunday 9 June 2013

Mood Pra Klinikal.

Assalamualaikum

Dah setahun setengah aku jejak kaki kat Seremban. Dah 3semester aku kena hadap sepanjang aku jejak kaki kat Kolej Pembantu Perubatan Seremban. Nak cakap ilmu dah penoh di dada. Memang tak la, aku baru belajaq amek darah patient ja pon hukhuk. Masa aku Semester 1 dulu, time aku pra klinikal tak banyak benda yang aku tau sangat. Aku masok ja ward, Jururawat Pelatih yang sama sem dengan aku dah buat macam-macam. Satu ward geng depa kawad buat keja. Kami Pelatih Medical Assistant ni berdiri tegak macam drip stand. Pastu mula la kena tuduh PMA pemalas, tak pandai buat keja blablabla. Tapi sebelom kami masok ke ward haritu, senior dah pesan taktau nak buat apa pon tanya ja, kot-kot ada apa yang boleh tolong. Alhamdulillah sepanjang 2minggu aku kat ward Hosp. Tuanku Jaafar, Seremban aku dapat budak-budak yang tak skema tahap dan sangat rajen. Alah, rajen cara budak Semester 1 la hehe. Time tu jugak la kami nak berebut nak belajaq ambek BP (blood pressure) patient. 

Next. Semester 2 rezeki aku still kat Hops. Tuanku Jaafar lagi. Sama macam aku semester 1, kami di-hantaq untuk 2minggu sahaja. Tapi Semester 2 upgrade sikit la, time ni dah boleh masok bahagian kecemasan. Memang muka buat ECG (Electrocardiography) la budak-budak PMA. Time tu bukan tau apa sangat pon lagi, setakat nak bancuh Atrovent + Ventolin/ Salbutamol + Normal Saline untuk patient Asthma, dah kira pro tahap ah!  First time sepanjang hidop aku, real depan mata aku nampak kepala orang kena jahit. Perghh, kemain terangkat bulu roma aku tengok. Bukan aku takot, tapi aku kesian kat patient. Then ada la sorang senior ni cakap "Kalau kesian kat patient, kerja apa pon tak jalan". Mana taknya, nak ambil spesimen darah sah-sah dah kena cucuk kat vein patient. Memang tau sakit, tapi tu ja cara yang terbaik :')



Next. Semester 3 aku kena hantaq jaoh sikit dari Kolej. Bagi aku bukan jaoh sikit, tapi jaoh yang agak banyak. Aku dengan 7 orang lagi PMA terpaksa rela stay kat Klinik Kesihatan Pasir Panjang, Port Dickson. Macam-macam cerita kami dengaq dari senior. Yang negatif pasai rumah untuk PMA, yang positif pasai staf and blabla. Tapi apa yang aku boleh cakap, staf sana sangat superb! 

Kalau nak diikutkan, memang kena berebut la kalau student yang nak naik ambulans. Ada kes ja baru la, boleh jejak kaki rasa naik ambulans. Tapi sorang staf tu yang sangat baik hati, bagi peluang kami rasa naik ambulans. Memang aku cakap, excited tu tahap maximum lah. Dari sini la aku belajaq ambek darah patient, thanks to Staf Nurse Fauziah, Staf Nurse Mastura, MA Hafizan dan tak lupa MA Ikhwan :)

Antara yang ter-excited naik ambulans.

Aku antara yang ter-excited hihi

Aku pon tak paham, maybe trend lompat-lompat kot.

Last but not least :')

Dah nak masok Semester 4, memang lagi banyak la aku nak kena belajaq. Stay strong baby :')

No comments:

Post a Comment