Sunday 9 June 2013

Mood Cuti.

Assalamualaikum

Cuti yang ketiga panjang as a student. Macam-macam yang aku plan nak penohkan masa cuti. Mula-mula aku plan nak pi berjalan. Ada jugak roomate yang bagi cadangan nak pi bejalan kat Langkawi. Maklum la budak-budak tu orang jaoh, jarang sekali nak sampai belah utara ni. Tapi sayang last minute kami terpaksa cancel-kan plan sebab semua excited nak balik bercuti rumah hahaha. 

Then aku mula la dapat idea yang sangat bermanfaat bagi diri aku. Aku pujuk Mak buat bisnes kecik-kecik sepanjang aku cuti ni. Yala, 30 hari cuti takkan aku nak sia-sia macam tu saja kan? Baik buat duet banyak-banyak, boleh buat kawen wink wink. Bersungguh-sungguh aku terang kat Mak pasai bisnes yang aku tengah plan ni. For sure Mak memang minat bab-bab menjahit, tapi tahla maybe faktor umoq kot Mak jadi macam berat hati ja nak cakap "Ya". Umoq Mak pon dah dekat 60tahun, memang patot rehat goyang kaki ja kat rumah. Tapi tinggal aku sorang ja yang tak habes study, so Mak dengan Ayah sibok la cari duet. Tapi Alhamdulillah la aku study under goverment, so setakat sekarang ni elaun aku cukop la untuk aku makan, beli apa-apa yang patot. Tapi kadang-kadang terlebih belanja, terpaksa jugak mintak Mak Ayah hukhuk.

InsyaAllah esok hari ke 10 cuti aku, plan nak bisnes tu harus berjalan. Banyak hari dah ni aku tangguh sesuka hati huhu. Gila! First time aku rasa berkobar-kobar macam ni. Sebelum ni aku buat bisnes kecik ja kat Kolej. Tak pernah aku sangka, tudung bawal yang aku order untuk pakai kat diri sendiri dapat sambutan. Ya Allah murahnya rezeki, Alhamdulillah :')

Satu benda yang aku sangat salute dengan Ayah. Ayah ni seorang yang sangat la caring. Well, aku ni anak nelayan laut dalam. So setiap kali cuti, family aku balik kampung berkumpul ramai-ramai, Ayah mesti ke laut tangkap ikan untuk kami semua makan besaq. See see bertapa penyayang nya Ayah aku yang sorang ni?

Ayah yang takmau tunjuk muka -.-

Kak-kak Ipaq aku yang sangat baik. Sebab apa aku kata baik? Hanya diri aku yang tau :')

Abang sulong aku yang banyak sangat berkorban untuk family :')

Whole family kecuali Mak yang baru on the way :)

Barisan anak sedara yang suka bising-bising dan lari-lari dalam rumah Tok dan Wan :')

That's all, hingga ketemu lagi <3

No comments:

Post a Comment