Tuesday, 18 June 2013

Nurdhia oh Nurdhia

Assalamualaikum 

Pertambahan ahli keluarga aku makin pesat. Daripada 6orang dan bertambah menjadi 7orang. Hoho Ayah dan Mak sebagai Tok dan Wan yang sangat la berwibawa memang busy habes kalau cucu-cucu balik kampung. Kebanyakan cucu kalau ditanya "Sayang Wan tak?" Jawapan selalunya positif "Sayanggg". Yala, Ayah jenis yang sangat la baik hati. Kalau cucu naik panjat atas belakang pon Ayah buat relax ja, tapi cucu mana yang berani naik belakang Mak? Cari kena cubit? 

Baru-baru ni Nurdhia balik cuti kat kampung. Yala sekolah jauh, ikot Abah dia, so bila cuti boleh lepak rumah Tok dengan Wan la. Nurdhia ni jenis suka ajet hot hukhuk. Seluaq jean nak yang kaki kecik ja, baju nak yang trendy gitu. Hoho mengalahkan Maksu dia. Nurdhia masuk la bilik aku sebab nak mintak tolong download lagu. Then dia tengok belah baju-baju yang tergantung dalam almari. Tiba-tiba ..

Nurdhia : Maksu Maksu. Bamajumu Makmaksumu samangatmat canmantikmik.

Maksu yang comel hiks : Makmaksumu tamahumu.

Muka terkejot Nurdhia memang tahap la. Dia ingat aku taktau bahasa entah apa tu, sebab tu dia nak try aku paham ka dak.

Nurdhia : Maksuuuu, Maksu tau mana cakap lagutu??

 Seingat aku, bahasa tu masa aku sekolah rendah dulu kami dok lawan cakap. Sapa boleh cakap dengan laju, kira hebat gila ah! Pergh waktu Nurdhia tanya aku tau mana bahasa tu. Aku rasa macam nak gelak guling-guling. Maybe dia tak paham lagi kot yang aku pon pernah lalu zaman sekolah rendah dulu. Aku penah jadi pengawas then boleh tulis nama budak yang bising masa perhimpunan, boleh tulis nama budak yang takmau beratur masa beli makanan, boleh tulis nama budak yang kuku panjang hahaha. Tapi seingat aku, sepanjang aku jadi pengawas dulu memang tiap-tiap tahun aku asyik tukaq buku nota yang kecik tu. Aku tulis nama, tapi tak pernah pulak aku hantaq kat mana-mana cikgu. Hohoho kenangan :')

Nurdhia yang tudung kuning tu. Yang belakang tu anak sedara sulong aku, Athirah :')

Monday, 10 June 2013

Pelik.

Assalamualaikum

Pagi buta pon tak boleh tidoq lagi. Cakap pasai tak boley tidoq, time final exam macam-macam methods housemate aku guna untuk stay sampai habes study satu buku. Orang study smart buat nota kecik awal-awal then esok nak exam, malam ni bukak nota kecik ja. Tapi kami steady, esok nak exam baru la nak bukak nota itu, nota ini hukhuk. 

Berbekalkan azam yang tinggi menggunung, housemate aku akan study dengan gigih then sampai dah ngantok depa akan bancuh kopi or nescafe. Petua nak bagi tak ngantok la kononnya. Tapi aku sangat pelik, bila aku bancuh then minum kopi or nescafe tu mata aku secara tak langsongnya akan lali dan mintak untuk tidoq. Benci betol aku, depa boley lagi relax pegang buku hafal itu ini. Aku pulak akan pesan merata "Lagi 10 minit gerak tau, gerak sampai bangun". Tu la ayat aku tiap-tiap kali time study. Alih-alih lepas depa kejot tu, aku bukak mata sat baca dua tiga ayat then mula terlelap semula. 

Sesapa yang macam aku? Ops lagi satu. Aku kalau sakit kepala or pening, satu ja ubat nak bagi lega. Tidoq wooooot. 



Good night, xoxo

Sunday, 9 June 2013

Mood Pra Klinikal.

Assalamualaikum

Dah setahun setengah aku jejak kaki kat Seremban. Dah 3semester aku kena hadap sepanjang aku jejak kaki kat Kolej Pembantu Perubatan Seremban. Nak cakap ilmu dah penoh di dada. Memang tak la, aku baru belajaq amek darah patient ja pon hukhuk. Masa aku Semester 1 dulu, time aku pra klinikal tak banyak benda yang aku tau sangat. Aku masok ja ward, Jururawat Pelatih yang sama sem dengan aku dah buat macam-macam. Satu ward geng depa kawad buat keja. Kami Pelatih Medical Assistant ni berdiri tegak macam drip stand. Pastu mula la kena tuduh PMA pemalas, tak pandai buat keja blablabla. Tapi sebelom kami masok ke ward haritu, senior dah pesan taktau nak buat apa pon tanya ja, kot-kot ada apa yang boleh tolong. Alhamdulillah sepanjang 2minggu aku kat ward Hosp. Tuanku Jaafar, Seremban aku dapat budak-budak yang tak skema tahap dan sangat rajen. Alah, rajen cara budak Semester 1 la hehe. Time tu jugak la kami nak berebut nak belajaq ambek BP (blood pressure) patient. 

Next. Semester 2 rezeki aku still kat Hops. Tuanku Jaafar lagi. Sama macam aku semester 1, kami di-hantaq untuk 2minggu sahaja. Tapi Semester 2 upgrade sikit la, time ni dah boleh masok bahagian kecemasan. Memang muka buat ECG (Electrocardiography) la budak-budak PMA. Time tu bukan tau apa sangat pon lagi, setakat nak bancuh Atrovent + Ventolin/ Salbutamol + Normal Saline untuk patient Asthma, dah kira pro tahap ah!  First time sepanjang hidop aku, real depan mata aku nampak kepala orang kena jahit. Perghh, kemain terangkat bulu roma aku tengok. Bukan aku takot, tapi aku kesian kat patient. Then ada la sorang senior ni cakap "Kalau kesian kat patient, kerja apa pon tak jalan". Mana taknya, nak ambil spesimen darah sah-sah dah kena cucuk kat vein patient. Memang tau sakit, tapi tu ja cara yang terbaik :')



Next. Semester 3 aku kena hantaq jaoh sikit dari Kolej. Bagi aku bukan jaoh sikit, tapi jaoh yang agak banyak. Aku dengan 7 orang lagi PMA terpaksa rela stay kat Klinik Kesihatan Pasir Panjang, Port Dickson. Macam-macam cerita kami dengaq dari senior. Yang negatif pasai rumah untuk PMA, yang positif pasai staf and blabla. Tapi apa yang aku boleh cakap, staf sana sangat superb! 

Kalau nak diikutkan, memang kena berebut la kalau student yang nak naik ambulans. Ada kes ja baru la, boleh jejak kaki rasa naik ambulans. Tapi sorang staf tu yang sangat baik hati, bagi peluang kami rasa naik ambulans. Memang aku cakap, excited tu tahap maximum lah. Dari sini la aku belajaq ambek darah patient, thanks to Staf Nurse Fauziah, Staf Nurse Mastura, MA Hafizan dan tak lupa MA Ikhwan :)

Antara yang ter-excited naik ambulans.

Aku antara yang ter-excited hihi

Aku pon tak paham, maybe trend lompat-lompat kot.

Last but not least :')

Dah nak masok Semester 4, memang lagi banyak la aku nak kena belajaq. Stay strong baby :')